PENGAJIAN MALAYSIA DEP1A
KEPRIHATINAN MALAYSIA KEARAH MEMULIHARA ALAM SEKITAR (DEFINISI)
Perkataan “alam sekitar” atau dalam bahasa Inggeris disebut “environment” membawa maksud keadaan sekeliling atau lingkungan. Oleh itu, sekiranya berdasarkan kepada terjemahan literal, maka perkataan “alam sekitar” bermaksud merujuk kepada apa-apa sahaja yang melingkungi manusia. Bagaimanapun, secara khusus perkataan alam sekitar merujuk kepada fenomena fizikal sama ada biotik atau abiotik yang melingkungi suatu organisma. Fenomena fizikal ini termasuk juga fenomena yang berkait rapat dengan iklim dan cuaca. Terdapat satu lagi definisi alam sekitar. Namun ia lebih kepada kefahaman “environmentalisme“. Dijelaskan bahawa ia merupakan satu istilah geografi tentang doktrin falsafah yang menekankan sesuatu terhadap aspek fizikal alam sekitar seperti keadaan iklim dunia yang berkait dengan aktiviti manusia.
PUNCA KEMEROSOTAN ALAM SEKITAR
Akta Kualiti Alam Sekeliling 1974 mengandungi peruntukan bagi mencegah, menghapus, mengawal pencemaran serta memperbaiki kualiti alam sekitar dan dari aspek yang selalu dikaitkan dengan alam sekitar iaitu pencemaran yang membawa maksud apa-apa perubahan secara langsung dan tidak langsung terhadap sifat-sifat fizikal, haba dan kimia termasuk kesan biologikal terhadap alam sekeliling yang meliputi pencemaran air, udara, bunyi, tanah dan laut dan untuk masalah ini, banyak punca telah dapat dikenalpasti yang mendorong kepada pencemaran alam sekitar.
Sikap Individu Dan Organisasi Yang Tidak Bertanggungjawab. Hal ini jelas kerana ketidak adaan kesedaran sivik dalam diri mereka untuk menjaga alam sekitar kerana bagi sesetengah individu, mereka akan sewenang-wenangnya membuang sampah merata-rata tanpa mempedulikan keadaan persekitaran dan mungkin mereka merasakan itu adalah perkara remeh. Manakala bagi organisasi seperti kilang yang menjalankan operasi pengeluaran yang melibatkan sisa toksik dalam penghasilan keluaran mereka, kebiasaannya kilang itu akan mengambil tindakan mudah apabila membuang sisa toksik tersebut terus ke dalam laut dan sungai jika kilang itu didirikan berdekatan dengan kawasan tersebut. Ini akan mengakibatkan pencemaran air dan kilang yang melepaskan asap tanpa pemasangan alat penapis udara akan menyebabkan terjadinya pencemaran udara.
Pembangunan Secara Tidak Sistematik
Apabila pihak kerajaan atau pihak swasta merangka untuk membangunkan sesuatu kawasan, mereka seharusnya memikirkan secara terperinci kesan-kesan negatif yang akan berlaku terutama yang melibatkan alam sekitar dan bukan tertumpu kepada kebaikan dan keuntungan pembangunan semata-mata kerana akibat dari pembangunan yang akan dijalankan boleh menyebabkan berlakunya pencemaran air, udara, tanah dan bunyi yang akan dihasilkan. Mungkin disebabkan penggunaan jentera yang terlalu banyak akan menghasilkan pencemaran bunyi dan pencemaran udara jika jentera-jentera berteknologi tinggi tersebut mengeluarkan asap yang berlebihan. Akibat daripada projek-projek pembangunan itu, ia juga boleh terjadinya pencemaran air terutama pada waktu hujan jika tanah lapang yang telah dibersihkan untuk projek pembangunan itu iaitu tanah merah mengalir terus ke dalam sungai atau laut yang berdekatan . Hal ini boleh menjejaskan tahap kebersihan kualiti air dan boleh mengancam kehidupan ekosistem dalam air yang seterusnya membawa kepada pencemaran alam sekitar.
Penggunaan Kenderaan Bermotor
Hal ini kerana setiap kenderaan akan melepaskan asap kenderaan yang mengandungi gas yang berbahaya. Hal ini jika peningkatan taraf hidup masyarakat terus meningkat pada zaman sekarang maka tahap pencemaran juga akan turut meningkat berikutan semakin bertambah jumlah penggunaan bilangan pengguna jalan raya yang selesa menggunakan kenderaan mereka sendiri untuk bergerak ke destinasi yang ingin dituju berbanding beramai-ramai menggunakan kenderaan awam yang semestinya dapat mengurangkan bilangan kenderaan di jalan raya. Hal ini akan menyebabkan pencemaran udara dan seterusnya menjejaskan sistem pernafasan dan daya penglihatan manusia serta pencemaran bunyi yang terhasil oleh kapal terbang yang berlepas atau mendarat terutama dikawasan perumahan yang berhampiran dengan lapangan terbang boleh menjejaskan daya pendengaran manusia. Hal ini jelas menerangkan bahawa penggunaan kenderaan bermotor juga menjadi salah satu punca berlakunya pencemaran alam sekitar.
Ini adalah kenderaan bermotor yang mengeluarkan asap hitam.
Pembakaran Secara Terbuka
Hal ini jelas dapat dilihat berikutan pembakaran pokok-pokok tua di kawasan ladang dan hutan untuk tujuan penanaman semula. Jika dilihat dari satu sudut, penanaman semula sememangnya sangat berfaedah tetapi akibat daripada pembakaran secara terbuka yang dilakukan oleh sesetengah pihak sebenarnya boleh menyebabkan berlakunya pencemaran udara. Di samping turut memusnahkan kehidupan flora dan fauna disekitarnya. Disebabkan pembakaran secara terbuka ini jugalah suhu bumi menjadi kian meningkat dan keadaan cuaca di bumi semakin panas
Ini adalah pembakaran hutan secara terbuka.
Kesimpulannya, punca-punca pencemaran yang telah dikenal pasti ini harus diambil langkah serius oleh semua pihak dan organisasi untuk mengurangkan masalah pencemaran alam sekitar baik daripada pencemaran air, udara, tanah dan bunyi. Ia penting demi memastikan kehidupan dibumi ini terjamin dan terhindar dari masalah pencemaran yang semestinya membahayakan dan mengancam kesihatan serta kehidupan flora dan fauna untuk generasi akan datang yang lebih baik dan sihat serta bebas dari pencemaran alam sekitar.
Ini adalah pemandangan yang indah di sebabkan penjagaan alam sekitar yang baik.
Kepentingan Alam Sekitar
Kepentingan alam sekitar kepada dunia malahan yang lebih penting kepada manusia kerana ianya melibatkan ribuan nyawa manusia. Kebersihan alam sekitar amat penting kerana alam sekitar di negara kita semakin tercemar dan membahayakan manusia dan haiwan-haiwan d hutan yang semakin pupus.Pada pandangan saya, soal alam sekitar tidak boleh dipandang rendah kerana terdapat banyak kepentingan alam sekitar untuk manusia serta flora dan fauna d dunia ini,
Antara kepentingan menjaga kebersihan alam sekitar ialah alam sekitar akan sentiasa menjadi bersih. Apabila kita bersatu-padu menjaga alam sekitar sehingga bersih ianya akan membolehkan kita semua menikmati keindahan alam sekitar yang sebenarnya. Selain itu, apabila alam sekitar menjadi bersih kita akan menghirup udara yang segar.Oleh itu, kita janganlah menebang pokok yang memberi kita udara yang segar udara yang sihat kerana mengandungi oksigen yang tinggi . Pokok-pokok telah membekalkan udara yang segar malahan akan mengelakkan berlakunya banjir kerana akar pokok berfungsi mengukuhkan tanah .
Seterusnya, alam sekitar yang bersih juga akan dapat memberi kita kehidupan yang sihat dan tenteram. Hal ini kerana, alam sekitar yang kotor semestinya akan mendatangkn bahaya pada kita dan juga flora dan fauna. Alam sekitar yang kotor akan mendatangkan penyakit yang berbahaya kepada kesihatan kita serta akan menggangu urusan kehidupan seharian kita. Jika kebersihan alam sekitar terjamin, manusia akan hidup dengan lebih selesa dan gembira. Jika alam sekitar kita kotor, sistem pernafasan manusia tidak dapat berfungsi dengan baik kerana menhirup udara yang kotor serta mengandungi bahan kimia yang berbahaya yang boleh mendatangkan bahaya kepada manusia yang menghidap penyakit asthma,sakit jantung dan sebagainya. Udara yang kotor ini disebabkan kilang, asap kenderaan, dan banyak lagi. Kebersihan alam sekitar dapat dikekalkan jika semua pihak dapat berkerjasama menanganinya
Antara kepentingan menjaga kebersihan alam sekitar ialah alam sekitar akan sentiasa menjadi bersih. Apabila kita bersatu-padu menjaga alam sekitar sehingga bersih ianya akan membolehkan kita semua menikmati keindahan alam sekitar yang sebenarnya. Selain itu, apabila alam sekitar menjadi bersih kita akan menghirup udara yang segar.Oleh itu, kita janganlah menebang pokok yang memberi kita udara yang segar udara yang sihat kerana mengandungi oksigen yang tinggi . Pokok-pokok telah membekalkan udara yang segar malahan akan mengelakkan berlakunya banjir kerana akar pokok berfungsi mengukuhkan tanah .
Kesimpulannya, semua pihak hendaklah memberi kerjasama menjaga kebersihan alam sekitar agar kehiduapan kita selesa dan bahagia. Semua pihak hendaklah tahu alam sekitar yang kotor akan mendatangkan kesan negatif kepada negara. Harapan saya terhadap semua pihak ialah marilah kita semua menjaga kebersihan alam daripada tercemar agar semua rakyat Malaysia dan di seluruh negara sihat sentiasa dan dapat melakukan kerja seharian tanpa sebarang masalah.
KESAN ATAU AKIBAT KEMUSNAHAN ALAM SEKITAR
Kesihatan Terjejas
Ini menunjukkan gambar perempuan batuk disebabkan udara tercemar.
Hujan Asid
Hujan asid secara semulajadi adalah berasid. Ini disebabkan air hujan yang turun akan bergabung dengan karbon dioksida dan gas-gas berasid yang terdapat di atmosfera. walaubagaimanapun, disebabkan pada masa kini, penggunaan tenaga elektrik dan kereta telah menyebabkan bahan api fossil di bakar dalam jumlah yang terlalu banyak. Pembakaran bahan api fossil seperti minyak dan arang batu oleh logi tenaga dan dari ekzos kenderaan melepaskan berjuta-juta ton sulfur dioksida dan nitrogen oksida dilepaskan ke udara.
Asid yang terlalu pekat boleh menyebabkan tumbuh-tumbuhan dan hidupan di dalam tasik atau sungai akan mati dan mengalami kepupusan,selain itu, bangunan dan batu akan mudah terakis dan rapuh.
Gambar ini menunjukkan patung batu terhakis akibat hujan asid.
Jerebu
Jerebu adalah terdiri zarah-zarah kecil yang boleh wujud secara semulajadi ataupun wujud akibat daripada kegiatan seharian manusia. Asap kilang, asap kenderaan dan juga asap daripada pembakaran terbuka turut menjadi faktor kepada penyumbang pembentukan jerebu. Apabila zarah-zarah kecil berkumpul dengan jumlah yang banyak, bertaburan dan terapung di udara maka ia akan menyerap dan menghalang cahaya matahari untuk sampai ke permukaan bumi. Keadaan ini kemudiannya akan menyekat pemandangan dan menurunkan jarak penglihatan.Kesan-kesan yang akan dialami apabila terdedah kepada jerebu seperti terasa gatal-gatal di bahagian kerongkong dan batuk-batuk, sesak nafas, mata terasa pedih dan berair, hidung berair dan kerap bersin, kulit badan terasa gatal-gatal dan terasa sakit dada.
Gambar ini menunjukkan bandar yang dikelilingi oleh jerebu.
Suhu Meningkat
Kenaikan suhu bumi dan penipisan lapisan ozon menjadi punca kepada pemanasan global yang dapat dirasakan oleh seluruh dunia. Kenaikan suhu bumi disebabkan oleh pembebasan gas-gas karbon dioksida yang terbentuk di udara.
Gambar ini menunjuk sawa padi menjadi kering disebabkan suhu meningkat.
Air Tercemar
Hidupan air seperti ikan, siput, udang dan ketam akan mati disebabkan oleh tumpahan minyak, pembuangan sampah dan sisa toksik yang tercemar. Selain itu, sisa toksik yang dibuang ke dalam air akan menyebabkan penyakit.
Gambar ini menunjukkan pembuangan sampah ke sungai dan menyebabkan pencemaran air.
LANGKAH-LANGKAH PEMULIHARAAN ALAM SEKITAR
Penghutanan semula
Gambar ini menunjukkan perhutanan semula di paya bakau.
Penggunaan Baja Organik
Gambar ini menunjukkan tanaman yang subur dengan penggunaan baja organik.
Kaedah Biologi
Gambar ini menunjukkan peladang menggunakan kaedah "Pemangsa dan Mangsa"
Pertanian Tetap
Petani ini menggunakan pertanian tetap ,ini dapat menjimatkan ruang dan memelihara alam sekitar
KESIMPULAN
Selagi minda masyarakat tidak berubah, selagi itu masalah seperti pemanasan global, pencemaran sungai, pembalakan dan sebagainya tidak akan dapat diatasi. Oleh itu, kesedaran masyarakat bagi mengurangkan berlakunya masalah yang akan membahayakan nyawa dan kehidupan kita adalah amat penting. Menghargai, memulihara dan memelihara alam sekitar merupakan tanggungjawab kita bersama.
Gambar ini menunjukkan keadaan alam sekitar yang indah dan cantik disebabkan tiada pencemaran alam.
Subscribe to:
Posts (Atom)