KESAN ATAU AKIBAT KEMUSNAHAN ALAM SEKITAR

Kesihatan Terjejas
Kesan utama pencemaran udara adalah ke atas kesihatan manusia adalah manusia akan menghidap pelbagai penyakit, terutamanya respirasi akibat menghidu udara yang tercemar. Manusia  memerlukan udara yang bersih untuk hidup. Sekirannya udara yang dihidu telah tercemar, sistem pernafasannya akan menyerap pelbagai bahan pencemar ke dalam paru-paru. Ini akan mengakibatkan proses penukaran karbon dioksida kepada oksigen tidak dapat dilakukan dan darah akan mengalami kekurangan oksigen.
Ini menunjukkan gambar perempuan batuk disebabkan udara tercemar.


Hujan Asid
Hujan asid secara semulajadi adalah berasid. Ini disebabkan air hujan yang turun akan bergabung dengan karbon dioksida dan gas-gas berasid yang terdapat di atmosfera. walaubagaimanapun, disebabkan pada masa kini, penggunaan tenaga elektrik dan kereta telah menyebabkan bahan api fossil di bakar dalam jumlah yang terlalu banyak. Pembakaran bahan api fossil seperti minyak dan arang batu oleh logi tenaga dan dari ekzos kenderaan melepaskan berjuta-juta ton sulfur dioksida dan nitrogen oksida dilepaskan ke udara. 
 Asid yang terlalu pekat boleh menyebabkan tumbuh-tumbuhan dan hidupan di dalam tasik atau sungai akan mati dan mengalami kepupusan,selain itu, bangunan dan batu akan mudah terakis dan rapuh.
Gambar ini menunjukkan patung batu terhakis akibat hujan asid.



Jerebu
Jerebu adalah terdiri zarah-zarah kecil yang boleh wujud secara semulajadi ataupun wujud akibat daripada kegiatan seharian manusia. Asap kilang, asap kenderaan dan juga asap daripada  pembakaran terbuka turut menjadi faktor kepada penyumbang pembentukan jerebu. Apabila zarah-zarah kecil berkumpul dengan jumlah yang banyak, bertaburan dan terapung di udara maka ia akan menyerap dan menghalang cahaya matahari untuk sampai ke permukaan bumi. Keadaan ini kemudiannya akan menyekat pemandangan dan menurunkan jarak penglihatan.Kesan-kesan yang akan dialami apabila terdedah kepada jerebu seperti terasa gatal-gatal di bahagian kerongkong dan batuk-batuk, sesak nafas, mata terasa pedih dan berair, hidung berair dan kerap bersin, kulit badan terasa gatal-gatal dan terasa sakit dada.
Gambar ini menunjukkan bandar yang dikelilingi oleh jerebu.



Suhu Meningkat
Kenaikan suhu bumi dan penipisan lapisan ozon menjadi punca kepada pemanasan global yang dapat dirasakan oleh seluruh dunia. Kenaikan suhu bumi disebabkan oleh pembebasan gas-gas karbon dioksida yang terbentuk di  udara.
Gas karbon dioksida yang berlebihan menyebabkan haba di bumi terperangkap dan menyebabkan suhu bumi meningkat sekaligus suhu persekitarannya menjadi panas. Penipisan lapisan ozon juga menyebabkan kejadian pemanasan global. Kesannya adalah permukaan bumi menjadi panas, ekosistem terganggu, banjir  sering berlaku.
Gambar ini menunjuk sawa padi menjadi kering disebabkan suhu meningkat.



Air Tercemar
Hidupan air seperti ikan, siput, udang dan ketam akan mati disebabkan oleh tumpahan minyak, pembuangan sampah dan sisa toksik yang tercemar. Selain itu, sisa toksik yang dibuang ke dalam air akan menyebabkan penyakit.
Pencemaran air akan memberi kesan bukan sahaja akan dialami oleh manusia bahkan turut memberi kesan kepada hidupan yang lain. Kesan kepada manusia ialah kesihatan mereka sendiri akan terjejas. Antara kesan yang dianggap kronik akibat pencemaran air yang berlaku adalah anomalia, iaitu pembesaran tubuh dan tingkahlaku yang tidak normal, serta kurang daya tahan penyakit akibat penggunaan sumber air tersebut.
Gambar ini menunjukkan pembuangan sampah ke sungai dan menyebabkan pencemaran air.