Penghutanan semula
Pemghutanan semula merupakan sebuah kegiatan menanam semula hutan yang telah diterokai dengan spesies pokok yang cepat tumbuh dan bermutu. Melalui cara ini, kelembapan suhu dapat dikekalkan dan seterusnya, masalah peningkatan suhu alam sekitar dapat dielakkan terutamanya di kawasan bandar-bandar besar yang sering menjadi pulau haba. Contoh pokok yg boleh ditanam, pain, batai dan sesenduk.
Gambar ini menunjukkan perhutanan semula di paya bakau.
Penggunaan Baja Organik
Masyarakat sekarang terutamanya petani digalakkan menggunakan baja organik atau baja asli. Baja organik yang digunakan ini mampu membantu kesuburan tanah terus berkekalan dan juga mapu dipulihkan berbanding baja kimia yang mendorong kepada peningkatan keasidan tanah
Gambar ini menunjukkan tanaman yang subur dengan penggunaan baja organik.
Kaedah Biologi
Kita sepatutnya mengelakkan penggunaan racun perosak atau racun rumpai. Oleh itu, sebagai peladang yang bertanggungjawab kepada alam sekitar haruslah menggunakan kaedah biologi ini. Walaupun kaedah ini agak ketinggalan zaman, namun ia sangat berkesan bgi memulihara semula alam sekitar kita.
Gambar ini menunjukkan peladang menggunakan kaedah "Pemangsa dan Mangsa"
Pertanian Tetap
Petani tradisional digalakkan oleh kerajaan agar mengamalkan pertanian tetap. Langkah ini dijalankan bagi mengelakkan kemusnahan alam sekitar serta hakisan tanih seterusnya mengekalkan aset yang amat berharga iaitu hutan.
Petani ini menggunakan pertanian tetap ,ini dapat menjimatkan ruang dan memelihara alam sekitar